Panaroma hijau dikelilingi pokok buah-buahan seperti rambutan, manggis, mempelam selain pokok nipah menyapa damai tatkala menjejak kaki ke halaman rumah Julita Ukur, 45, di Kampung Tuguson yang terletak sejauh kira-kira 15 kilometer dari Kota Belud, Sabah. Lokasinya sedikit terasing tetapi cukup strategik untuk mencari inspirasi. Ia sesuai dengan fungsi rumah batu tersebut yang turut berperanan sebagai bengkel perusahaan kraf kulit kayu miliknya. Wanita yang sentiasa mengukir senyuman itu terdahulu berjalan…










