Bukan senang untuk seseorang penyanyi mengekalkan momentum dalam dunia seni suara ekoran kemunculan terlalu ramai penyanyi baru yang memiliki pakej lengkap dan sempurna seiring dengan kehendak pasaran semasa. Begitulah juga dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, yang mengaku tidak mudah untuk menjalani kehidupan sebagai anak seni. Kata Siti, selain keluarga, pihak media dan para peminat setia, mempunyai pasukan kerja yang terbaik dan profesional dalam menguruskan apa sahaja projek adalah ‘tulang…










