PUTRAJAYA 24 Dis. – Sekumpulan aktivis termasuk peguam kontroversi, Siti Zabedah Kassim mendakwa pihak yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan dilihat cuba mengambil peluang menegakkan kebencian, ketaksuban dan ketegangan etnik di negara ini. Kumpulan itu dalam memorandum mereka kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan desakan berkenaan sebagai ‘keji dan memalukan’ dan menjadikannya sebagai platform untuk memperjuangkan naratif kononnya rakyat Malaysia…










