Derita berterusan warga Felda - Utusan Malaysia

Derita berterusan warga Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 13 Dis. – MASALAH dan bebanan ditanggung peneroka Felda bertimpa-timpa apabila bayaran sara hidup atau bayaran pendahuluan hasil masih belum diterima sejak dua bulan lalu.

Dengan harga hasil kelapa sawit yang merudum, keadaan itu membuatkan golongan pe­neroka Felda semakin bergelut untuk menyara kehidupan ha­rian keluarga masing-masing.

Seorang Peneroka Felda Lurah Bilut di sini, Hasdi Manan, 60, berkata, ketiadaan bayaran pendahuluan selama dua bulan memberi kesan kepadanya apatah lagi untuk membeli kelengkapan sekolah tiga anaknya menjelang sesi baharu persekolahan tidak lama lagi.

HASDI MANAN
HASDI MANAN 

“Saya tidak tahu lagi di mana hendak mendapatkan duit untuk membeli kelengkapan sekolah tiga anak yang belajar di tingkatan lima, dua dan tahun satu.

“Kalau ini (penangguhan ba­yaran pendahuluan hasil) berterusan, mungkin saya tidak dapat membeli kelengkapan sekolah dan melunaskan pelbagai bayaran. Kemungkinan ada anak yang tidak dapat bersekolah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Hasdi, tanpa bayaran pendahuluan hasil, dia hanya mengharapkan wang perbelanjaan yang dikirim oleh anaknya yang bekerja di Kuala Lumpur untuk membeli barangan keperluan harian.

Katanya, dalam keadaan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat, dia yang turut bekerja sambilan menjual ayam masih berasa buntu untuk mencari pendapatan mencukupi.

MHD. ZULKEPLI
MHD. ZULKEPLI 

“Kerajaan seharusnya membantu kami, jangan terus bebankan kami dengan pelbagai alasan yang sama sejak dahulu. Kami hendak keluar minum di kedai pun susah kena fikir anak dan isteri di rumah makan atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) Lurah Bilut, Mhd. Zulkepli Abdullah Am Laki berkata, kerajaan perlu melakukan sesuatu dengan segera memandangkan warga Felda ketika ini amat terbeban sehingga ada yang tidak dapat membayar bil elektrik dan tidak mampu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Kita tidak tahu apa masalah sekarang tetapi ia adalah tanggungjawab pihak pengurusan dan kerajaan hari ini yang harus peka.

“Keadaan ini adalah kejutan besar buat peneroka apabila harga kelapa sawit jatuh teruk berbanding sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×