DBKL lantik 9 ahli lembaga penasihat baharu - Utusan Malaysia

DBKL lantik 9 ahli lembaga penasihat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pelantikan sembilan Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang baharu berkuat kuasa 1 November lalu hingga 31 Oktober 2020.

Pengumuman itu dilakukan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mengikut Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Beliau berkata, ahli lembaga penasihat yang dilantik berfungsi memberi nasihat kepada datuk bandar mengenai pentadbiran bandar raya Kuala Lumpur seperti yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan tersebut menyaksikan Setiausaha Bahagian Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit Kementerian Kewangan, Suhara Husni yang dilantik pada 23 Februari lalu sehingga tamat tempoh perkhidmatannya di kementerian itu.

Turut dilantik, jurutera awam, Zahir Hassan; Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran APEX Communication Sdn. Bhd., Abdul Rahman H. Hussein dan Rakan Pengurusan SN Nair & Partners, S. N. Sankara Narayanan.

Turut dilantik, Pengarah Bersekutu Iktisas Ignenieurs Sdn. Bhd., Ir. Ahmad Thamby Kadir; Pengarah Urusan KW Associate Planners Sdn. Bhd., Khairiah Talha dan Pengarah Urusan Cosmo Human Resource Bhd., Sally Sian Keng Eng serta Azli Yusof, yang merupakan Pengurus Kanan, Dexion Asia Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Nor Hisham berkata, DBKL akan melantik tiga lagi ahli lembaga penasihat masing-masing dari Kerajaan Negeri Selangor, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Hal Eh­wal Ekonomi.

“Kementerian Wilayah Persekutuan kini sedang dalam proses menguruskan pelantikan tiga ahli lembaga penasihat tersebut,” katanya.

Tambahnya, pengurusan tertinggi DBKL mengucapkan tahniah kepada semua ahli lembaga penasihat yang dilantik hari ini.

Tiga ahli lembaga penasihat sedia ada dari Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Abdul Ghani Pateh Akhir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Bhd, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan arkitek, Ar. Ezumi Harzani Ismail. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN