#DaulatHimpunan812 : Umat Islam bersatu di Masjid Jamek - Utusan Malaysia

#DaulatHimpunan812 : Umat Islam bersatu di Masjid Jamek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 8 Dis. – Orang ramai berkumpul di Masjid Jamek untuk menyertai perhimpunan aman #DaulatHimpunan812 sebagai bantahan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hari ini.


Salah seorang peserta, Nizam Sani, 38, berkata himpunan itu sebagai tanda protes kepada mereka yang cuba untuk mengubah perlembagaan negara.


“Hari ini satu Malaysian akan lihat umat Islam bersatu untuk mempertahankan agama Islam dan hak orang Melayu.


“Selama ini kita hidup dalam keadaan aman dan damai kini ada pihak cuba untuk membangkitkan kemarahan umat Islam,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.


Perjalanan yang jauh jelas tidak mematahkan semangat seorang suri rumah untuk turut hadir dalam himpunan aman pada petang ini.


Rabiah Kasim, 50, berkata, sokongan dari orang ramai perlu terus diberikan agar hak orang Islam terus terbela di negara ini.


“Siapa lagi nak sokong kalau bukan kita sebagai rakyat bergama Islam di sini.


“Kita tidak usik hak-hak kaum lain jadi tidak perlulah jadikan hak orang Melayu sebagai satu isu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN