#DaulatHimpunan812 sangat luar biasa - Jamal - Utusan Malaysia

#DaulatHimpunan812 sangat luar biasa – Jamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos menganggap sambutan rakyat Malaysia terhadap Perhimpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 sangat luar biasa.

Menurutnya, walaupun membabitkan beribu-ribu peserta, perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar dan penuh berdisiplin.

“Semasa saya dalam perjalanan ke sini (Dataran Merdeka) dari Kompleks Sogo, ambil masa yang agak lama sebab sesak.

“Saya juga tak pasti berapa ramai jumlah yang hadir. Tapi jika dilihat dengan jumlah seramai ini, saya percaya penganjur telah capai sasaran,” katanya ketika ditemui di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam himpunan aman yang bermula jam 2 petang itu, kira-kira 55,000 peserta dari pelusuk negeri telah membanjiri perkarangan Dataran Merdeka.

Antara yang hadir dalam himpunan tersebut adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN