KANGAR 6 Dis. – Kesepakatan UMNO dan Pas negeri ini terbukti apabila ribuan penyokong kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu akan berkonvoi bersama-sama menyertai perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) atau #DaulatHimpunan812 di ibu negara, Sabtu ini. Para penyokong kedua-dua parti itu akan berkumpul di Kompleks Pas negeri di sini, sebelum bergerak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas pada pukul 11 malam esok. Perlepasan konvoi…










