IPOH 9 Dis. – Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perhimpunan #DaulatHimpunan812 menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) telah memperlihatkan penyatuan umat Islam dan Melayu di negara ini. Beliau bagaimanapun berkata, perhimpunan itu lebih baik lagi sekiranya disertai rakyat pelbagai kaum yang secara langsung dapat mewujudkan perpaduan di antara mereka. “Dari satu segi (himpunan) bagus (menunjukkan) penyatuan Melayu tetapi saya lebih suka kalau…










