KUALA LUMPUR 15 Dis. – Tidak dapat berada di Stadium Nasional, My Dinh, Hanoi bukan penghalang buat penyokong Harimau Malaya di negara ini untuk terus memberikan sokongan apabila menjadikan Dataran Merdeka sebagai medan berkumpul menonton saingan akhir Piala AFF 2018. Ribuan penyokong mula membanjiri kawasan sekeliling Dataran Merdeka seawal jam 6 petang untuk menyertai ‘Viewing Party’ iaitu tontonan siaran langsung perlawanan berkenaan di skrin gergasi. Selain Dataran Merdeka, lokasi lain…