DAP tidak akan bekerjasama dengan UMNO - Gobind - Utusan Malaysia

DAP tidak akan bekerjasama dengan UMNO – Gobind

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – DAP membuat keputusan muktamad  untuk tidak bekerjasama dengan UMNO, kata Timbalan Pengerusinya, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rakyat sendiri menolak parti itu dengan hasrat untuk membina Malaysia Baru.

“Mereka (UMNO) telahpun menentang kami habis-habisan dalam PRU14. Kami telah meminta rakyat menolak mereka dan rakyat telah pun menolak mereka dengan hasrat membina Malaysia Baru.

“DAP tidak akan bekerjasama dengan UMNO. Muktamad. Kami tidak seharusnya berkerjasama dengan mereka,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam yang mencadangkan UMNO bekerjasama dengan PKR dan DAP demi kelangsungan masa depannya walaupun anggota parti itu tidak bersetuju dengan idea tersebut. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN