Dah 30 tahun baru nak persoal? - Asyraf Wajdi - Utusan Malaysia

Dah 30 tahun baru nak persoal? – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Hasrat kerajaan membatalkan sijil Amanah Ikhtiar Rakyat (AIM) dipertikai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Bagi Asyraf Wajdi, alasan kerajaan bahawa perkara itu tidak memenuhi syarat-syarat Surat Cara Ikatan Amanah adalah aneh kerana setelah 30 tahun ia wujud, baru sekarang ia dipersoalkan.

“Kenapa selepas 30 tahun, baru sekarang hendak dipersoalkan isu pelanggaran akta? Takkanlah semua inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu nak dihentikan walau ternyata banyak beri manfaat kepada rakyat?

“Kalaupun wujud isu pentadbiran yang melibatkan pelanggaran Akta Pemegang Amanah, maka sewajarnya kerajaan perbetulkannya dan bukan bubarkan institusi yang terbukti berdaya maju,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook milik beliau di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN