Dadah : 29 individu ditahan polis - Utusan Malaysia

Dadah : 29 individu ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 20 Dis. – Seramai 29 individu ditahan kerana pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Op Tapis yang dijalankan selama dua hari bermula Selasa lalu di sekitar Jempol dan Tampin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Superintenden Pang Jin Lai berkata, seramai 12 daripada mereka yang ditahan didapati memiliki dadah, manakala 17 orang lagi positif dadah.


“Pihak polis telah merampas bahan yang disyaki dadah iaitu syabu dengan anggaran berat kasar 3.11 gram, heroin (0.4 gram), ketamin (lima biji), cecair ketum (2.1 liter) yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM588,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, sepanjang operasi itu, pihak polis telah membuat 39 serbuan dan memeriksa seramai 47 orang.


“Kejayaan operasi ini adalah hasil komitmen dan kerjasama semua pegawai dan anggota IPK Negeri Sembilan serta agensi yang terlibat dalam operasi bersepadu ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×