KUALA TERENGGANU 18 Dis. – Jumlah mangsa banjir di negeri ini turun mendadak kepada 35 orang daripada 12 keluarga seiring dengan keadaan cuaca yang cerah sejak pagi.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman berkata, setakat pukul 4 petang ini hanya satu pusat pemindahan masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih di Marang.
Mulai pagi ini, 13 pusat pemindahan di empat daerah termasuk Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu ditutup berikutan cuaca yang semakin baik dan membolehkan lebih ramai mangsa banjir di negeri ini pulang ke rumah masing-masing. – UTUSAN ONLINE










