DALAM usaha untuk membentuk generasi sihat menerusi sukan, Yayasan Hasanah dengan kerjasama Yayasan Johan Cruyff dari Amsterdam, Belanda sekali lagi berganding bahu mewujudkan gelanggang futsal awam, Cruyff Court Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang baru-baru ini. Lokasi berkenaan merupakan yang kelima seumpamanya di negara ini sejak dilaksanakan bermula tahun 2012 di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Ia merupakan kolaborasi jangka masa panjang kedua-dua yayasan berkenaan dalam usaha menyediakan kemudahan awam kepada…










