Cohen mengaku berbohong - Utusan Malaysia

Cohen mengaku berbohong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 30 Nov. – Bekas peguam Amerika Syarikat (AS), Do­nald Trump iaitu Michael Cohen mengaku berbohong berkaitan perjanjian hartanah Trump di Rusia ketika pilihan raya Presiden pada 2016.

BBC melaporkan, Cohen mengaku salah berbohong di hadapan Kongres dan mendakwa terpaksa berbuat demikian bagi menyatakan kesetiaanya kepada Trump.

Tampil secara mengejut di hadapan hakim persekutuan di Manhanttan semalam, Cohen mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan berhubung membuat kenyataan palsu kepada Kongres.

Cohen berkata, beliau telah mengemukakan kenyataan ber­tulis palsu mengenai ranca­ngan Trump Organization untuk mem­bina sebuah bangunan pencakar langit di Moscow, Rusia.

“Saya membuat kenyataan palsu selaras dengan mesej politik dan kesetiaan terhadap Trump,” ujar Cohen.

Namun menurut Trump, Cohen ‘berbohong’ di hadapan pendakwa raya dengan harapan supaya hukuman ke atasnya dikurangkan.

Pada Ogos lalu, Cohen me­ngaku salah kerana melanggar undang-undang kewangan ketika pilihan raya 2016 dengan mengendalikan wang rasuah milik seorang wanita didakwa merupakan kekasih Trump.

Cohen juga mendedahkan Trump merancang untuk menghadiahkan sebuah pangsapuri mewah bernilai AS$50 juta (RM210 juta) kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika kempen Presiden 2016.

Bekas peguam turut menya­takan beliau mengadakan per­bincangan berhubung ‘hadiah’ itu dengan setiausaha media Putin iaitu Dmitry Peskov.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN