CityOne Megamall kembali beroperasi - Utusan Malaysia

CityOne Megamall kembali beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Kompleks beli-belah CityOne Megamall yang terbabit insiden letupan gas pada Selasa lalu kembali beroperasi semalam selepas diberi kebenaran berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Menurut pemajunya, Kenbest Sdn. Bhd., kebenaran beroperasi semula itu diberikan kepada Blok C dan D yang menempatkan Mall dan Mall 2.

“Perunding kejurute­raan struktur telah mengesahkan letupan itu tidak menjejaskan inte­griti struktur bangunan,” demikian me­nurut Pengarah Kenbest, Stephen Long Tine Chung dalam kenya­taan semalam.

Katanya Blok A dan B kompleks itu pula dijangka dibuka semula selewat-lewatnya Rabu ini.

“Pengunjung juga akan menikmati kemudahan tempat letak kenderaan percuma sehingga dibe­ritahu kelak,” katanya.

Kejadian pada 4 Disember lalu yang dipercayai disebabkan kebocoran gas di salah sebuat outlet di kompleks berkenaan menyebabkan tiga lelaki maut.

Kejadian turut menyebabkan 41 lagi cedera. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN