Chong Wei kembali bulan depan - Utusan Malaysia

Chong Wei kembali bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 Dis. – Datuk Lee Chong Wei hari ini membuat keputusan mengubah kemun­culan semulanya ke gelanggang latihan pada Januari ini dan bukan dua minggu seperti yang diumumkannya sebelum ini.

Keputusan ini dibuat selepas mendapat nasihat daripada doktornya yang mahu dia mendapat rawatan susulan terlebih dahulu.

“Saya akan mendapat rawatan susulan di Taiwan terlebih dahulu dalam masa terdekat ini.

“Ia memang wajib dilakukan selepas genap tiga bulan daripada rawatan pertama lalu.

“Jadi saya jangka Januari mungkin baru boleh turun ke gelanggang untuk berlatih seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani kontrak baharu selama dua tahun lagi sebagai duta minuman isotonik, 100Plus dalam satu majlis di sebuah pusat membeli belah di sini hari ini.

Di bawah kontrak baharu itu, Chong Wei akan membawa jenama 100Plus sebagai penajanya sehingga tahun 2020.
Dengan perjanjian terbaharu ini, Chong Wei, 36, telah menjadi duta 100Plus selama 12 tahun berturut-turut.

Sementara itu, Chong Wei ketika ditanya apa yang dilakukan untuk mengekalkan kecergasannya ketika ini berkata, dia hanya melakukan latihan ringan untuk menguatkan ototnya.

“Untuk kembali berlatih dan bermain semula bukan mudah. Jadi saya hanya me­lakukan latihan ringan di rumah,” tambahnya.

Mengenai kemungkinan All England akan menjadi kepulangan pertamanya di peringkat antarabangsa, beliau berkata ia bergantung kepada nasihat doktornya nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN