KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui berdepan laluan berliku bagi mengharungi aksi separuh akhir kedua menentang Thailand selepas terikat dengan keputusan 0-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin. Skuad Harimau Malaya gagal memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri untuk meraih bekalan selesa menjelang perlawanan timbal balik yang dijadualkan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok,…










