Chelsea lega raih kemenangan - Utusan Malaysia

Chelsea lega raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 2 Dis. – Selepas kalah 1-3 kepada Tottenham dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris pada 25 November lalu, Chelsea kembali di landasan dengan melakar kemenangan 2-0 ke atas Fulham sebentar tadi.

Jaringan Pedro pada babak pertama dan Ruben Loftus-Cheek di separuh akhir kedua memastikan Blues meraih tiga mata, sekali gus terus memberi tekanan kepada dua pasukan teratas, Manchester City dan Liverpool.

“Hari ini kami bermain dengan agak tertekan dan gemuruh.

“Ia tidak mudah buat saya dan pemain selepas apa yang berlaku dalam perlawanan menentang Tottenham. Jadi, kemenangan ini adalah tindak balas yang sangat penting buat pasukan,” kata pengendali Chelsea, Maurizio Sarri.

Tindakan Sarri meletakkan penyerang Sepanyol, Alvaro Morata di bangku simpanan tidak merencatkan serangan Chelsea yang tampak bahaya sepanjang perlawanan.

Pedro tidak menunggu lama untuk meledak gol ke-1,000 Chelsea apabila membolosi gawang lawan seawal minit keempat.

Begitupun, tuan rumah mengambil masa untuk menggandakan kedudukan selepas jaringan Loftus-Cheek hanya hadir ketika permainan berbaki lapan minit untuk ditamatkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN