JOHOR BAHRU 11 Dis. – Pusat Penyembuhan, Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Tampoi bakal dijadikan pusat rawatan penagih dadah yang menghidap penyakit mental, kata Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah. Beliau berkata ini ekoran kedudukan CCRC Tampoi yang terletak berdekatan dengan Hospital Permai yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikiatri. “Kita akan pusatkan (penagih dadah dengan masalah mental) di situ dari seluruh negara dan kita akan bina kepakaran…










