MELAKA 23 Dis. – Bersempena sambutan Krismas pada Selasa depan, Hotel Casa del Rio di Jalan Kota Laksamana di sini menawarkan pakej makan malam Bufet Krismas kepada pengunjung dengan pelbagai jenis hidangan yang menarik.
Dengan tema ‘Deck the Hall’, hidangan bufet tersebut ditawarkan pada harga RM138 untuk dewasa dan RM69 untuk kanak-kanak berusia antara 6 hingga 11 tahun, bermula pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam Isnin ini.

Eksekutif Chef Casa del Rio, William Teo berkata, antara menu hidangan yang disediakan adalah ayam belanda panggang, `Crabmeat Mayo’, `Salsa Mangga Pedas’ dan `Pico di Gallo’ (Gaya Canapé).
“Selain itu, kami turut menyediakan hidangan istimewa berdasarkan cita rasa Eropah antaranya, ‘Brick Roasted Duck with thyme’, bawang putih, sos oren dan `Herb Crusted Cashew Nuts Salmon’ dengan sos lada hijau jagung,” katanya ketika ditemui pada majlis promosi menu bufet itu di hotel tersebut di sini hari ini.
Istimewanya menu bufet sempena Krismas ini menurut William, ia turut menghidangkan juadah makanan laut seperti tiram pasifik segar, udang raja, kerang hitam, kerang Hamaguri dan udang galah.

Turut disediakan kata beliau, hidangan pencuci mulut seperti puding Krismas, cokelat `Pecan Tart’ dan `Yule Log’ serta dan ‘Chocolate Fountain’.
“Casa del Rio turut menawarkan pakej ‘hi-tea’ di restoran The River Grill pada harga untuk dewasa Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 06-2896882 sepanjang tawaran itu berlangsung,” katanya.
Mereka yang berminat juga boleh melayari laman web Casa del Rio di https://www.casadelrio-melaka.com/special/christmas-deck-the-halls. – UTUSAN ONLINE










