KUALA LUMPUR 7 Dis. – Petang Jumaat hari ini sekali lagi segmen hiburan yang disiarkan secara live di platform Facebook Utusan Online kembali dengan kumpulan buskers yang menggelar diri mereka sebagai Win2 Busker. Dianggotai enam orang, Win2 Busker berasal dari Klang, Selangor dan memulakan bidang busking sejak tahun lepas. Bersama Win2 Busker petang ini ialah penyanyi lelaki berpotensi besar, Izzmad Harun. Izz yang baharu melancarkan single terbaharunya berjudul Bisa Pertama…










