KUALA LUMPUR 27 Dis. – Seorang buruh pekak dan bisu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh bapa bekas teman wanitanya dengan cara menikam mangsa, dua minggu lalu. Muhammad Amirul Bungsu, 21, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan melalui bahasa isyarat di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menikam mangsa Mohd. Rodzi Jamaluddin, 64, dengan menggunakan dua bilah pisau…










