Buru lelaki bantu siasatan 
kes senjata tiruan - Utusan Malaysia

Buru lelaki bantu siasatan 
kes senjata tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Polis memburu seorang lelaki berumur 40-an untuk membantu siasatan berhubung penemuan senjata api tiruan serta topi de­ngan lo­go po­lis di se­bu­ah premis di Jalan Klang Lama di sini, semalam.

MAZLAN LAZIM

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (gambar) berkata, lelaki tersebut ialah penyewa di rumah berkenaan.

“Kita menyita rumah tersebut pada 30 Oktober lalu atas arahan mahkamah kerana penyewa sudah beberapa bulan tidak membayar sewa.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai sepucuk pistol tiruan, tujuh laras senjata HK MP5 tiruan dan satu topi logo polis dalam premis tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Terdahulu, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menemukan objek dipercayai senjata api di premis terbabit, sebelum sepasukan polis dari IPK Kuala Lumpur dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pergi ke lokasi kejadian.

Menurut Mazlan, kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan orang ramai yang mempunyai sebarang mak­lumat mengenai kes tersebut boleh menyalurkan­nya kepada Pegawai Penyiasat, Ins­pektor Mohd. Razif Karim di talian 013-9961566.

Tambahnya, orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Brickields, Asisten Superintenden (ASP) Mohd. Hafizi Ishak di talian 017-2336343 untuk memberi maklumat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN