KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini selepas enam sesi mencatatkan prestasi rendah, dalam keadaan sentimen pasaran global lebih baik susulan perkembangan baharu mengenai hubungan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata peniaga. Pada pukul 9.03 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat semula 4.65 mata kepada 1,657.28 daripada 1,652.63 ketika ditutup semalam. Indeks itu dibuka 4.46 mata lebih tinggi kepada 1,657.09. Lingkungan pasaran adalah…










