Bursa Malaysia dibuka rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin selepas suasana lemah di pasaran global pada akhir minggu lepas hingga hari pertama dagangan minggu ini.

Sentimen pasaran didominasi oleh kebimbangan mengenai Rizab Persekutuan yang akan terus menaikkan kadar faedah dan menurunkan lembaran imbangannya walaupun terdapat kebimbangan mengenai pertumbuhan global yang perlahan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) utama susut 6.8 mata kepada 1,663.48 daripada 1,670.28 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks dibuka rendah 0.29 mata kepada 1,669.99.

Kenanga Investment Bank Bhd dalam nota berkata saham di Asia merosot pada Jumaat lepas, mendahului daripada penurunan semalaman Wall Street dengan pelabur bimbang mengenai prospek ekonomi global.

“Bertentangan dengan trend, FBM KLCI mencatatkan peningkatan semula, meraih 19.72 mata untuk ditutup kepada 1,670.28, bagaimanapun walaupun meningkat, unjuran teknikal secara keseluruhan terus lemah,” katanya.

Di pasaran lebih luas di Bursa Malaysia, sebanyak 116 kaunter rugi dan 67 kaunter untung, dengan 101 kaunter tidak berubah, 1,604 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 64.69 juta unit bernilai RM22.64 juta.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut lima sen kepada RM9.24, Public Bank turun 12 sen kepada RM24.56, Tenaga merosot 24 sen kepada RM13.24, bagaimanapun PChem menambah empat sen kepada RM9.24.

Dalam kalangan saham aktif, Hubline dan SapNRG, masing-masing tidak berubah pada empat sen dan 30 sen, Armada dan NovaMSC, masing-masing merosot setengah sen kepada 15.5 sen dan 10 sen manakala MyEG menambah 1.5 sen kepada 84 sen.

Indeks FBM Emas susut 38.98 mata kepada 11,332.13, Indeks FBMT 100 jatuh 40.77 mata kepada 11,248.25, Indeks FBM Emas Shariah turun 38.13 mata kepada 11,280.54, Indeks FBM Ace berkurangan 5.09 mata kepada 4,253.52 dan FBM 70 merosot 24.40 mata kepada 12,801.98.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.27 mata kepada 165.74, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 47.57 mata kepada 17,095.96 dan Indeks Perladangan berkurangan 32.99 mata kepada 6,777.27.

Bursa tempatan dan anak syarikatnya akan ditutup esok sempena cuti Krismas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN