Bursa Malaysia dibuka rendah - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia dibuka rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah, selari prestasi lemah semalaman Wall Street, yang menjejaskan sentimen belian dalam pasaran tempatan.

Pada 9.15 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.17 mata kepada 1,646.39 berbanding 1,650.56 pada penutupan semalam.

Indeks dibuka 5.24 mata lebih rendah pada 1,645.32.

Dalam notanya, Public Invest Research berkata, FBM KLCI dibuka rendah selepas satu lagi sesi prestasi lemah yang dicatatkan oleh pasaran di seluruh dunia, yang menyaksikan saham, harga minyak dan dolar, mengalami tekanan baharu, manakala pulangan Perbendaharaan tidak berubah, berikutan pelabur belum menerima sepenuhnya keputusan Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada Rabu.

“Keadaan ini diburukkan lagi dengan kebimbangan mengenai ancaman kerajaan Amerika Syarikat akan ditutup pada hujung minggu ini,” katanya.

Di Wall Street, S&P 500 susut 1.6 peratus, Nasdaq ditutup 1.6 peratus lebih rendah manakala Dow Jones Industrial Average turun dua peratus.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh di Bursa Malaysia, 188 kaunter rugi, 58 kaunter untung manakala 138 kaunter tidak berubah, 1,523 tidak diniagakan dan 44 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 149.55 juta unit bernilai RM57.95 juta.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut tujuh sen kepada RM9.23, Public Bank susut 10 sen kepada RM24.56, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM9.21 dan Tenaga menokok enam sen kepada RM12.88.

Antara saham aktif, Hubline, Bumi Armada dan Vivocom masing-masing tidak berubah pada empat sen, 15 sen dan dua sen.

Indeks FBM Emas merosot 31.56 mata kepada 11,231.77, Indeks FBMT 100 turun 28.13 mata kepada 11,153.23, Indeks FBM Emas Shariah susut 17.94 mata kepada 11,108.55, Indeks FBM Ace turun 11.98 mata kepada 4,179.68 manakala FBM 70 turun 32 mata kepada 12,773.49.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perusahaan turun 0.44 mata kepada 164.97, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 62.82 mata kepada 17,072.49 manakala Indeks Perladangan menokok 9.18 mata kepada 6,600.17. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN