Bunyi tangisan membawa kepada penemuan bayi - Utusan Malaysia

Bunyi tangisan membawa kepada penemuan bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK 24 Dis. – Seorang penduduk yang dalam perjalanan ke kebunnya terkejut apabila menemukan seorang bayi lelaki yang dibalut menggunakan tuala di Kampung Bunga berhampiran rumah anak yatim Gemilang, Cepir di sini hari ini.

Bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu kemudian dibawa ke Hospital Sik untuk pemeriksaan lanjut.


Mohd. Fuad Wahab, 48, berkata, dia terdengar seperti suara bayi menangis ketika dalam perjalanan ke kebunnya kira-kira pukul 8 pagi.


“Saya kemudian pergi ke kawasan tersebut dan mendapati seorang bayi yang masih sihat ditinggalkan di atas rumput berhampiran jalan itu.


“Bayi itu dibungkus dengan tuala dan masih bertali pusat. Saya kemudian memaklumkan kepada jururawat Klinik Cepir sebelum membawa bayi berkenaan ke hospital,” katanya di sini.


Tambahnya, kejadian buang bayi itu merupakan kali pertama berlaku di kampung berkenaan.


“Sedih melihat bayi yang tidak berdosa itu sanggup dibuang. Apakah dosa bayi tersebut sehingga diperlakukan sedemikian rupa,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×