KLANG – Polis tidak menolak motif kejadian pembunuhan seorang wanita oleh jirannya sendiri di Batu 16, Rawang dekat sini kelmarin adalah disebabkan ketidakpuasan akibat sering ditegur mangsa. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati terdapat dua atau tiga pergaduhan telah berlaku antara mangsa dan suspek sebelum ini. Kemuncaknya adalah kelmarin apabila suspek menyerbu masuk dan menikam jirannya sehingga mati. “Ujian air kencing terhadap suspek berusia 49…