PELUANG skuad Harimau Malaya mengukir sejarah menjulang trofi Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki buat kali kedua tidak kesampaian apabila tewas kepada Vietnam dengan keputusan agregat 2-3 pada aksi final kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi malam tadi. Skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang bertandang ke Hanoi berdepan misi sukar untuk mengejutkan Vietnam memandangkan pasukan Naga Emas bimbingan Park Hang-seo memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan menerusi…