MELAKA 24 Dis. – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berdepan detik-detik cemas selepas kepalanya tersepit pada pintu jeriji rumah di Bukit Godek, Semabok di sini hari ini. Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi sewaktu kanak-kanak itu bermain di depan rumah sebelum dia bertindak memanjat dan memasukkan kepalanya pada pintu jeriji berkenaan. Ibu mangsa berusia lingkungan 40-an yang panik selepas mendapati kepala anaknya itu tersepit segera menghubungi bomba dan penyelamat…










