Bouchard si ikan duyung - Utusan Malaysia

Bouchard si ikan duyung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 Nov. – Bintang tenis Kanada, Eugenie Bouchard telah meluangkan masa lapangnya di pulau milik hartawan, Richard Branson untuk menyertai pertandingan Piala Necker.

Pemain berusia 24 tahun itu yang gemar berkongsi aktivitinya bersama peminat di laman sosial, telah memuat naik beberapa video di akaun Instagram miliknya sewaktu bersantai di Pulau Necker yang terletak di British Virgin Island.

Dia berada di sana kerana menyertai pertandi­ngan beregu yang menggandingkan pemain bertaraf profesional dan amatur. Semalam, menerusi video yang dimuat naik pemain itu, Bou­chard telah berkongsi pengalamannya berenang mengenakan pakaian ikan duyung.

Menerusi keterangan bergambar, pemain itu mengingatkan pengikutnya agar tidak cuba berenang dengan menggunakan pakaian ikan duyung.

“Jangan sesekali cuba berenang mengenakan pakaian ikan duyung. Sangat sukar untuk berenang dengan pakaian ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN