BRASILIA 9 Dis. – Seramai 12 wanita di Brazil mendakwa bomoh, Joao Teixeira Faria melakukan pencabulan seksual di kliniknya sebelum ini.
BBC memetik daripada Globo TV melaporkan, jurugambar Belanda, Zahira Leeneke Maus memberitahu bomoh tersebut memanipulasi dia melakukan aksi seks dan merogolnya.
Bagaimanapun, pihak Teixeira Faria dalam kenyataan balas menafikan dakwaan berkenaan.
“Bomoh berusia 76 tahun itu telah menggunakan kuasanya bagi mengubati ribuan orang dan menafikan sekeras-kerasnya segala amalan tidak baik ketika rawatan,” jelasnya.
Sebanyak sembilan wanita Brazil yang enggan dikenali memberitahu Globo TV bahawa bomoh itu mencabul mereka dengan alasan bagi memindahkan tenaga pembersihan.
Hos televisyen Amerika Syarikat (AS), Oprah WInfrey juga telah bertemu dengan Teixeira Faria pada 2013 dan menyaksikan sendiri pembedahan psikik dijalankan.
Menurut ABC News, Teixeira Faria mendakwa bahawa lebih 30 doktor dan entiti lain boleh masuk ke badannya dan melakukan perubatan. – AGENSI










