BNM tiada kuasa kawal Tabung Haji - Utusan Malaysia

BNM tiada kuasa kawal Tabung Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 13 Dis. – Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mempunyai kuasa mengawal Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dan hanya perlu diselia menerusi Akta Tabung Haji 1995.

Pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim berkata, Tabung Haji tidak sewajarnya dipe­ngaruhi mana-mana entiti lain termasuk BNM meskipun pihak berkenaan boleh memainkan peranan dalam bank komersial yang lain.

HASSAN KARIM
HASSAN KARIM 

“Perkara ini kemudian membawa pelbagai masalah wang dalam lembaga ber­kenaan yang mana sejak sekian lama dikawal menerusi satu akta sahaja selain risikonya turut dibebani kerajaan.

“Wang pendeposit Tabung Haji dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga perlu membayar penuh jika berlaku sesuatu kepada Tabung Haji. Tiada had pendeposit menyimpan dalam Tabung Haji seperti simpanan dalam PNB (Permodalan Nasional Berhad) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), jadi risiko kerajaan amat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selasa lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof mendakwa Tabung Haji mengeluarkan hibah atau dividen bercanggahan dengan Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014.

Mengulas lanjut, Hassan mendakwa, pada 2015 Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah mengeluarkan surat amaran kepada pengurusan Tabung Haji bahawa mereka mempunyai liabiliti lebih besar berbanding aset.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×