BN cadang nama baharu ganti Pengerusi PAC - Utusan Malaysia

BN cadang nama baharu ganti Pengerusi PAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Satu nama dari pembangkang bagi menggantikan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang kini disandang Datuk Seri Ronald Kiandee akan dicadangkan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana hanya calon pembangkang sahaja sewajarnya berada dalam jawatankuasa itu.

Beliau memberitahu, pelantikan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu adalah atas kapasiti daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang termaktub dalam manifesto mereka sebelum ini.

“Notis akan dibuat oleh Pengerusi BN kepada Speaker (Yang Dipertua) mengenai kuatkuasa mengenai kedudukan pengerusi PAC dan kami akan cadangkan nama lain,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Yang turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah dua Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×