JAKARTA 23 Dis. – Ketua Pusat Gempa Bumi dan Tsunami di Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), Rahmat Triyono mengakui pihaknya tidak mempunyai alat amaran untuk mengesan tsunami yang berpunca daripada gempa akibat letusan gunung berapi.
“Alat amaran awal yang sedia ada ketika ini hanya mampu mengesan gempa akibat tektonik,” katanya hari ini.
Tambah Rahmat seperti dipetik oleh Detiknews.com, tsunami tersebut juga terjadi pada waktu malam, menyebabkan visual atau penglihatan terbatas.
BMKG sebelum ini memang sudah mengeluarkan amaran potensi gelombang tinggi di Selat Sunda bermula 21 hingga 25 Disember.










