Awang menyokong ketegasan Tun Dr.Mahathir Mohamad yang menyatakan kerajaan bersedia mengukur sempadan perairan Malaysia dan Singapura bagi melihat sama ada benar kapal negara ini menceroboh perairan republik tersebut. Kenyataan Dr.Mahathir itu dibuat berikutan laporan mengatakan Singapura membantah rancangan Malaysia memperluaskan had pelabuhan di Johor Bharu dan menyifatkannya sebagai menceroboh perairan wilayah berkenaan. Apapun Awang berharap isu ini tidak akan mencetuskan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara. Ia perlu diselesaikan melalui hubungan…










