SUATU ketika dahulu, Gambang hanyalah sebuah pekan kecil dalam daerah Kuantan dan kurang dikenali apatah lagi tiada tarikan pelancongan yang menarik di situ. Namun pekan itu kini mula meniti pada bibir umum sejak kewujudan lokasi percutian menarik yang dikenali Bukit Gambang Resort City (BGRC). Dengan hanya dua jam pemanduan dari Plaza Tol Gombak (arah timur), BGRC menyediakan segala aktiviti bagi setiap peringkat umur. Bagi mereka yang menggemari percutian bertemakan air,…










