Bersatu tidak terima permohonan keahlian secara membuta tuli - Utusan Malaysia

Bersatu tidak terima permohonan keahlian secara membuta tuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan secara membuta tuli menerima permohonan untuk menyertai parti itu daripada mana-mana individu tidak kira mereka ternama atau orang biasa, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, setiap permohonan keahlian akan melalui proses saringan dan tapisan supaya penyertaan mereka dalam Bersatu tidak bercanggah dengan matlamat parti dan tidak bertentangan dengan peraturan yang diamalkan parti.

“Mereka perlu lalui tempoh masa cooling period sebelum menyertai mana-mana parti. Kita juga ada tempoh masa mengikut kesesuaian diberikan kepada mereka yang mahu sertai Bersatu iaitu saringan dan mesti memenuhi beberapa perkara umpamanya tidak ada kes rasuah, salah guna kuasa dan jenayah.

“Jadi, ini bermakna apabila Bersatu menerima borang permohonan, kita ada proses dan prosedurnya selain tidak buat secara automatik iaitu menerima dengan membuta tuli. Ada juga antara mereka yang awal-awal lagi kita sudah tolak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Bersatu Melaka 2018 di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof yang juga Menteri Pembangunan Usahawan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN