ALOR SETAR 6 Dis. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail untuk menyertai parti berkenaan. Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya menerima borang tersebut yang diserahkan bekas wakil rakyat UMNO tersebut minggu lalu. “Ya, kita ada terima borang yang telah disampaikan oleh Datuk Ku Abdul Rahman untuk menyertai Bersatu, sebenarnya perbincangan sudah lama tapi borang itu diisi dan diserahkan (beliau) minggu lepas. Jadi, Bersatu telah menerima permohonan beliau untuk menjadi ahli,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya