Bersatu terbuka terima pemimpin UMNO mahu 'berhijrah' - Utusan Malaysia

Bersatu terbuka terima pemimpin UMNO mahu ‘berhijrah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 16 Dis. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan bahawa parti itu terbuka menerima penyertaan mana-mana pemimpin UMNO yang ingin ‘berhijrah’ namun perlu melalui kaedah ditetapkan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah menetapkan beberapa prosedur dan proses yang perlu dipatuhi setiap individu termasuklah pemimpin berpengaruh UMNO sebelum diterima menyertai parti berkenaan.

Menurutnya, Bersatu sudah menjelaskan dasarnya untuk membuka keahlian kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai parti itu.

“Bagaimanapun, mereka yang merupakan  bekas pemimpin UMNO, modus operandi yang kita cadangkan ialah mereka perlu isytiharkan keluar daripada UMNO terlebih dahulu.

“Bersatu ada proses dan prosedur yang kita tak buat secara automatik terima dengan membuta tuli. Ada juga antara mereka (pemimpin UMNO) yang kita tahu (mahu sertai Bersatu) awal-awal pun kita dah tolak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Bersatu Melaka di Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Badan Perhubungan Bersatu Melaka, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN