LANGKAWI 10 Dis. – Ibu dan isterinya bukan sahaja terkejut malah bertanya jika beliau sudah gila apabila menyatakan hasratnya merantau ke Malaysia untuk bekerja melatih buaya. Namun Aungkya W Zhaw, 34, nekad lalu meninggalkan keluarga dan kampung halamannya di Myanmar kira-kira 10 tahun lalu, semata-mata untuk bekerja mengendali buaya di negara ini. Mesra dengan panggilan Zhaw, beliau adalah antara enam pengendali buaya yang bekerja di Crocodile Adventureland Langkawi, sebuah taman…










