KUALA LUMPUR 13 Dis. – Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia dan Perumahan Awam (PA) Seri Kota di sini kecewa apabila bangunan parkir bertingkat yang dirasmikan minggu lalu masih belum dapat digunakan. Lebih menghampakan, kerja-kerja pembinaan di kemudahan enam tingkat yang menempatkan tempat letak kenderaan, lot kedai, dewan serba guna dan pelbagai kemudahan sukan itu didapati masih berjalan. Utusan Malaysia dimaklumkan, kerja-kerja pembinaan di bangunan berkenaan sepatutnya ditamatkan pada…










