KUALA LUMPUR 24 Dis. – Kerajaan diharap dapat menjelaskan kepada rakyat jumlah keuntungan hasil jualan petrol yang telah dikutip dari 8 November lalu sehingga ketika ini, disebabkan perbezaan harga bahan api itu. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana sejak enam minggu lalu kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenakan cukai terhadap petrol meskipun harga minyak mentah dunia mengalami penurunan. Justeru, Khairy berharap Kementerian Kewangan atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan…










