SEPERTI digembar-gemburkan dalam tempoh beberapa hari ini, akhirnya hampir semua kepemimpinan UMNO Sabah diketuai Pengerusinya, Datuk Hajiji Mohd. Noor mengumumkan keluar daripada parti keramat itu. Hanya beberapa nama besar sahaja yang tinggal seperti Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Yakub Khan. Kedua-duanya telah diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang baharu. Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri…










