KUALA LUMPUR 12 Dis. – Persepsi berkaitan golongan belia bekerjaya di Malaysia disifatkan sebagai terlalu memilih pekerjaan untuk gaji tinggi adalah tidak tepat. Ketua Penulis Laporan Kaji selidik Peralihan Pelajar Ke Pekerjaan (SWTS), Dr. Lim Lin Lean berkata, hasil kaji selidik yang dijalankan Institut Penyelidikan Khazanah mendapati, pendapatan tinggi menduduki tangga keempat dalam senarai keutamaan pekerjaan golongan tersebut. Ujarnya, laporan itu menggariskan belia tidak seharusnya dilabel sebagai memilih pekerjaan kerana…










