KUALA LUMPUR – Peminat kumpulan K-pop terkenal, Blackpink yang ingin mendapatkan tiket konsert berkenaan dengan harga potongan 10 peratus boleh berbuat demikian pada 12 Disember ini melalui platform e-dagang terkenal, Shopee pada Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi.
Kumpulan terkenal Blackpink itu akan mengadakan konsert julung kalinya di negara ini pada 23 Februari tahun depan di Stadium Malawati, Shah Alam Selangor.
Shopee dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, peminat Blackpink juga boleh mendapat potongan harga dengan membeli baucer RM5 bagi memperoleh potongan baucer RM12 bagi tambahan diskaun 10 peratus terhadap harga asal tiket kumpulan terkenal Korea Selatan itu.
“Harga asal tiket itu adalah RM693, anda boleh mendapat potongan 10 peratus dan tambahan RM12 dengan pembelian baucer terhad di Shopee itu,” jelas kenyataan itu.
Tambah kenyataan Shopee lagi, tiket yang dibeli di Shopee dengan harga asal RM693 itu merupakan tempat duduk di Blink Zone iaitu kedudukannya dekat dengan pentas.
Pembelian baucer RM12 itu adalah terhad yang boleh dibeli sehingga esok dengan seorang pelanggan bagi satu baucer sahaja.
Info lanjut mengenai pembelian tiket itu, boleh layari https://shopee.com.my/m/blackpink .










