KEHEBATAN pasukan Belanda sebagai powerhouse hoki pada kedudukan keempat dunia ternyata sukar ditandingi skuad hoki negara yang terpaksa akur tewas 0-7 pada aksi pertama Kumpulan D Piala Dunia 2018 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India malam tadi. Kekalahan Malaysian Tigers, No. 12 dunia, sebenarnya sudah dijangka rata-rata peminat hoki tanah air berdasarkan status Belanda sebagai juara tiga kali Piala Dunia dan merupakan naib juara edisi terakhir di The Hague empat tahun…









