BUENOS AIRES 21 Dis. – Bekas Presiden Argentina, Cristina Kirchner dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan atas pertuduhan rasuah melibatkan berjuta ringgit sepanjang 12 tahun perkhidmatannya. Portal Newsweek melaporkan beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan itu. Polis turut merampas aset dipercayai milik Kirchner sejumlah AS$38 juta (RM158 juta) dari rumahnya.










